Alasan LELAKI Bila Tiada Duit ?
Dalam sesebuah perhubungan ada masa , lelaki ni akan berubah kelakuannya . Tapi , janganlah risau . Itu bukanlah tanda yang si dia ada orang lain . Sebab mengapa si dia berkelakuan berubah secara drastik adalah kerana masalah kewangan ! Biasanya , bab-baba duit ni lelaki memang sensatif .
Kat bawah ni ,kita akan bongkarkan rahsia besar kaum Adam dan pandai-pandailah korang baca rentak mereka . oukey.. ^_^
"Hai Sayang .. Dah makan ? dah minum ? "
Si dia hanya rajin menghantar SMS sahaja walaupun bertanyakan soalan-2 remeh . Jika tidak , telefon korang akan sentiasa berdering . Ayat yang bebunyi seperti ini tentunya akan terkeluar dalam perbualan .. " SMS kan lebih bermakna .. Tahan lama..." . Eleh . Tak de duit leteww -.-
" Saya dah janji dengan family"
Secara tiba-tiba terutamanya apabila tiba hujung minggu , si dia lebih gemar menghabiskan masa dengan keluarganya atau member-memer daripada keluar bersama korang . Walaupun dah macam-macam cara korang cuba dan mengheret diorang untuk keluar , si dia tetap tak mahu juga.
" Nak shopping ? Tak nak lah "
Alasan 'lain kalilah' cukup sinonim dengan situasi sebegini . Si dia semestinya kelihatan tidak tenang , bermacam pula alasan yang akan keluar daripada mulutnya apabila kkorang mengajaknya . Kemingkinan si dia takut jika korang memintanya untuk membeli sesuatu .
" Selamat UlangTahun! Hadiah tak ada. Sorry sangat ! "
Pernah jadi macam ni tak ? hekk . Bila tiba hari-hari istimewa seperti ulangtahun korang berdua atau hari jadi , si dia hanya melafazkan ucapan tanpa memberi sebarang hadiah. Alasannya si dia belum jumpa hadiah yang betul-2 sesuai dengan korang . Ehem . Padahal , memang time tu , diorang ni tak de duit . Paham-paham lah ye :)
" Asyik McD je.. Kedai mamak lah pulak "
Kebiasaanya dia akan mempelawa korang untuk makan di restoran atau di kedai makan esklusif . Tetapi kali ini dia membawa korang ke gerai yang murah pulak . Mungkin korang tak kisah . Tapi , time tu mesti korang rasa pelikkan ?
" Tengok DVD je lah . Sama je kan ? "
Kini , menonton filem di rumah pulak menjadi kesukaannya . Setiap kali diaajak menonton wayang , pelawaan korang tu tentu ditolak . Kononnya dia lebih suka tengok baring-baring dan bersantai masa tonton DVD . Faham-2 lah ye kenapa dia tetiba je berubah angin :)
" Saya penatlah awak"
Selalunya selepas menjemput korang , di mesti akan singgah untuk makan malam sebelum menghantar korang pulang ke rumah . Alasannya nak berehat kerana penat . Senang cerita 'penat' tuh merupakan kata ganti untuk 'tiada duit' .
" Lapar ye ? Saya boleh temankan "
Bila dia mula keluarkan ayat keramat tuh , " temankan " . tandanya dia tak ada cukup duit untuk belanja korang makan . Jika korang masik mengajaknya makan , dia akan memberi jawapan : " Saya kenyang lagi , tadi makan dah . Saya teman awak makan je lah " ..
*Harap lepas ni perempuan boleh lebih memahami..Besor ganjaran..huhu ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment