Rahsia Perwatakan Disebalik Kuku

Kenali rahsia perwatakan kawan baik,keluarga mahupun pasangan anda melalui bentuk kuku..




*Kuku yang baik,rapi dan indah
Menunjukan watak orang yang halus perasaanya.Bentuk kuku seperti inijarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.


*Kuku pendek tetapi lebar
Biasanya orang yang memiliki kuku seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu,otaknya cerdas dan ingatannya tajam.orang yang memilik bentuk kuku ini sukakan muzik dan lagu.


*Bentuk kuku yang agak panjang dan pucat
Menunjukkan orang tersebut banyak rancangan dan cekap,tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan.Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang pekerjaan sering dalam keadaan ragu-ragu.


*Bentuk kuku sedang dan sedikit merah
Pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan,selalu menjaga kebersihan dan rasa persaudaraan yang tinggi.


*Bentuk kuku bersegi tapi rata
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul,sedikit kewibawaan,tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.


*Bentuk kuku langsing
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was,mudah di timpa musibah dan kurang berwibawa.


*Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning
Bentuk kuku seperti ini menandakan orang yang jujur,sabar,pandai,tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak dan isteri/suami.


*Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun
Menunjukkan orang tersebut sering was-was,bodoh,mudah diserang penyakit,mudah terkejut dan tak kuat bekerja.


*Bentuk runcing tetapi besar dan tebal
Biasanya orang yang memiliki bentuk ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya,sering berpindah randah tempat tinggalnya,suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.


*Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing
Menunjukkan orang seperti ini tidak memiliki kewibawaan,bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.


*Bentuk kuku besar dan banyak garisan
Biasanya orang ini akan menjurus pasa sudah dan sering berdepan dengan bahaya.Tetapi garisan tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memdapat berkat.


*Bentuk kuku seperti kikir
Bila seseorang memiliki kuku seperti ini kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau kan memperolehi bahaya.


*Kuku banyak titik-titiknya dibahagian bawah kelihatan hitam.
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematian.