Perempuan pantang dengan Lelaki ini

gambar hiasan







Lelaki memang berbeza dari wanita . Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan , gaya, gerak geri , penulisan dan sebagainya . Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yangpantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.

Suka menyampuk 
 Wanita memang pantang apabila lelaki tu mendengar sesuatu cerita , menjadi cepat bosan , hilang sabar dan suka menyampuk . Ceritanya tidak didengar dengan tekun . Wanita tu punyai cerita dengak eksaitednya , boleh pulak lelaki tu menyampuk then buat muka bosan . Memang pantang ar kan ?

Memerintah
Wanita memang pantang kalau diperintah . Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, "buka pintu", "buat kopi" , "angkat kasut" dan TIDAK bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti "boleh tolong buatkan kopi" dan "tolong buka pintu tu".


Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel , lelaki marah pula dan berkata , "gurau pun tak boleh".
Memang kena ar lelaki macam ni kan ? Tak pasal2 , perempuan tu boleh merajuk 3 bulan .. 

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang , suka mengutuk , mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati . Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.


Cakap besar
Sikap lelaki yang suka "syok sendiri" memang membosankan . Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.


Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman , keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.


Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan , sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan . Tidak mahu merendahkan diri .


Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran , lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai . Jalan yang terbaik , bila wanita tanya anda apa masalah anda , cuba luahkan kepadanya . At least , hal itu tak membuatkan wanita tertanya-tanya dan kadang tu membuatkan wanita menyampah dengan perangai lelaki seperti ini .


Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang , lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.


Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik . Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan . Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya...


Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran..


Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa . Lelaki yang "buat dek" terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.


Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot , tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman , gurauan , berkongsi masalah dan dakapan.


Sekiranya anda lelaki , peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia.. Oleh itu , anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya . Semoga berjaya!

35 fakta perempuan !







 orang perempuan ni memang senonim dengan pelbagai ragam,, tapi ragam perempuan ni simple sangat ,, hihi.. lelaki yang prihatin akan sedaya upaya cuba untuk sentiasa mengambil berat terhadap perempuan tersebut,, nak tahu ? baca bawah ni,,




* Perempuan berjiwa sensetif. Tak kire laa sekasar mana pon perwatakannye.

* Perempuan suka dibelai, dimanja dan diberi perhatian. Sebab tu kalau dengan lelaki yang caring perempuan cepat cair..


* Perempuan ni senang merajuk tapi susah nak marah. Tapi kalau dah marah puting beliung jadinya.


* Perempuan ni cerewet. Mesti nak dapatkan yang sebijik, serupa dengan apa yang dia mahu. Cth : Kasut, beg, baju, shawl & bla bla blaaa...


* Perempuan mudah memahami tetapi sukar difahami.


* Perempuan suka berangan. Cth : Suka berfantasi nak jadi macam watak heroin dalam drama or novel. * Perempuan curang sebab mereka keliru dengan kehendak diri mereka sendiri. Cth : Nak yang hensem tak berduit ke nak yang hodoh si baik hati.


* Perempuan kalau yang setia kalah lelaki. Kalau yang rela bermadu tu memang terbaik habaq hang..


* Perempuan yang pakai make up tebal sebab mereka kurang keyakinan diri. Hakikatnya mereka lebih cantik kalau tak pakai make up sangat..


* Kelemahan perempuan adalah perempuan lain. Ini kerana mereka cepat merasa iri hati.


* Perempuan sememangnya dicipta sebagai insan yang penyayang dan lemah lembut. Walaupon luarannya kasar, tegas, or garang. Tapi perempuan still ada perasaan ingin disayangi dan menyayangi.


* Sebenarnya perempuan yang garang ni hatinya lembut & mudah tersentuh. Tetapi dia cuba menutupi kesahihan itu sebab tak mahu dilabel lemah.


* Air mata yang lahir selalu dilabel sebagai simbol kelemahan perempuan tetapi hakikatnya itulah kekuatan mereka


* Sejahat mana pon perempuan tu tapi kalau ada lelaki yang sanggup bimbing, dia pasti berubah menjadi yang lebih baik. Alahai, perempuan ni hatinya macam kerak nasi..


* Sematang mana pon perempuan pasti ada terselit jiwa keanak-anakan dalam diri mereka.


* Perempuan suka benda yang cantik cantik, yang wangi wangi


* Perempuan sangat sensetif dengan berat badan mereka. Haha


* Perempuan suka pendam perasaan sampai kadang-kadang makan diri.


* Perempuan cepat jatuh hati tapi susah nak melupakan.


* Perempuan susah nak puas dengan apa yang dia ada & apa yang dia dapat. Yelah, perempuan kan ada 9 nafsu tapi hanya ada satu akal. 

* Sebenarnya dendam perempuan lebih merbahaya daripada dendam seorang lelaki. (O.o)

* Perempuan suka meluahkan isi hati melalui lagu, puisi or sajak.. Muihh Muihh


* Perempuan berupaya melakukan banyak kerja dalam satu masa. Cth : Berbual dalam telefon semasa memasak sambil menonton televisyen..


*Perempuan suka benda yang menyakitkan or yang merumitkan asalkan mereka nampak cantik. Cth : kasut tumit tinggi & selendang berbelit belit. Perempuan memang suka berhias. o(n_n)o


* Kalau perempuan dengan best friend dia memang macam laki bini. Cth: Jalan pimpin tangan, peluk peluk, tidur sebantal. Bla bla blaaa... Tak hairan laa kan sebab perempuan memang jenis penyayang


* Bagi perempuan benda & peristiwa yang memalukan adalah perkara yang sensetif buat mereka. Cth : Dulu kecik kecik pernah jatuh masuk longkang then terminum airnya.. Haha. Ni contoh jelaa weh


* Kebanyakkan perempuan adalah internet bergerak. Muih muihh. Kebanyakkan okay tak semua


* Perempuan kalau dah cemburu, kalah inspektor Sahab ! Hahaha


* Perempuan suka membebel tetapi tak suka dibebel. Acanne tu ?


* Perempuan banyak cakap tapi kalau dia dah tak bercakap masalah laa tu..


* Perempuan bila marah macam macam dia cakap, tapi dia tak maksudkan pon ape yang dikatanya tuu.


* Perempuan cakap je dah tak suka, benci, putus jelaa, ceraikan aku. Bla bla blaa. Tapi sebenarnya hati masih sayang.. Perempuan kalau cakap memang ikut perasaan, sebab tu lafaz cerai tak diletakkan pada isteri.


* Perempuan ni jenis yang teliti. So jangan sesekali tersasul or terlepas cakap...


* Kalau perempuan tengah marah biarkan dia bersendirian & jangan ungkap kata kata maaf pada waktu tu, nanti kalau dah sejuk dia sendiri akan cari kamu..


* Jangan ceritakan betapa cantik, baiknya bekas kekasih kamu yang dulu, perempuan benci tau !



# C&P