Isteri tidak wajib memasak untuk suami?




sumber Facebook
  




 
Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Imgat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."

Wallahualam...

TERUNA atau tidak?



Lelaki bila ingin memilih calon isteri, mesti ingin tahu sama ada wanita itu dara atau tidak.Selalunya wanita saja dihuraikan mengenai DARA.Jum kita kenalpasti sama ada bakal suami kita ni teruna atau tidak..check~






gambar sumber facebook





Ini adalah rahsia untuk mengetahui apakah calon suami anda masih teruna atau tidak.



Bertanya Terus Anda boleh mengetahui status keper‐awanan suami anda dengan cara menanyakan terus dengan yang empun‐ya badan. Jika ia tulus sayang dengan anda, ia pasti akan berkata jujur tentang statusnya.


Keperawanan adalah perkara yang san‐gat peribadi. Ianya boleh menjadi harta yang paling berharga bagi mereka yang berjaya mempertahankannya hingga masanya berkahwin dan boleh saja menjadi aib jika mereka sudah tidak dara lagi. Oleh kerana itu, anda harus bertanya tentang keperawanan kepada suami anda dengan hati-hati. Jangan sampai soalan itu menyinggung perasaannya.



Dengan berdialog Menurut ilmu psikologi, seorang lelaki jika diajak untuk berbincang mengenai topik keperawanan akan terlihat jelas status kesuciannya dilihat dari cara dia dalam memberi respon perbincangan tersebut. Jika dia kelihatan sangat tertarik atau dia ingin sekali mendapatkan keteran‐gan terhadap topik yang sedang dibicarakan menandakan bahawa dia masih teruna namun sebaliknya jika dia menghindar atau mengalihkan perbin‐cangan dari topik yang sedang dibicarakan, kemungkinan dia sudah tidak teruna lagi atau dia mempunyai masalah dengan kesuciannya.


Sentuhan fizikal Seorang lelaki boleh disimpulkan masih teruna atau tidak dari kenalan fizikal pada masa berhubungan seks dengan pasangannya. Caranya adalah dilihat dari cara pemanasan sebelum melakukan hubungan suami isteri. Lelaki yang masih teruna akan keli‐hatan tegang kerana baginya ini adalah pertama kalinya dia berhubungan intim dengan pasangannya. Malah mungkin dia tidak tahu bagaimana cara berhubungan intim yang baik dan apa peranannya ketika berhubungan intim. Dia juga akan melakukan terpancut awal ketika melakukan penembusan awal.


Mudah terangsang Lelaki yang tidak teruna biasanya akan mudah terangsang dengan hal-hal yang berbau porno atau segala aktiviti yang berkaitan dengan sentuhan fizikal den‐gan lawan jenis.



Warna zakar Keperawanan dapat dikenalpasti dari warna zakar si lelaki. Jika kepala zakar berwarna merah / kemerah-merahan, maka lelaki tersebut dipastikan masih teruna namun jika kelenjar zakar berwarna gelap atau malah terdapat sedikit kecacatan pada warna gland zakar, maka lelaki tersebut tidak teruna kerana gland penisnya sudah sering terkena gesekan.




Air mani Lelaki yang sudah tidak teruna akan mudah terangsang dengan hal sentuhan atau perkataan yang membuat mereka menjadi lebih ghairah. Ketika mereka sedang terangsang secara automatik akan mengeluarkan air mani.



Ciri-ciri orang mencintaimu








~ Orang mencintaimu tidak pernah mampu memberi alasan  kenapa dia mencintai kamu.Yang dia tahu, dihatinya dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

~Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih,dia tidak pernah peduli!,baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap akan menjadi impiannya.

~Orang yang mencintai kamu akan selalu menerima kamu apa adanya,di hati dan matanya kamu yang tercantik/kacak walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu bertambah. :)

~Orang yang menyintai kamu selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari dan ingin tahu kegiatan kamu.

~Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'have fun', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain walaupun kamu tidak membalas mesejnya kerana dengan kiriman itu dia menyatakan cintanya dengan cara berbeda,bukan dengan ucapan  "aku cinta padamu".

~Orang yang mencintai kamu, selalu mengingati setiap ucapanmu,bahkan mungkin kata-kata yang mungkin telah kamu sendiri lupa.Kerana dia menyematkan kata-katamu dihatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya.

~Jika suatu saat kamu harus berpindah ke daerah lain,dia akan sentiasa nasihat kan kamu agar sentiasa berwaspada dengan lingkungan yang mungkin membawa pengaruh buruk terhadapmu.Dan jauh dihatinya dia benar-benar takut akan kehilanganmu.

~Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerna sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain dan masih menanti mu.

~Orang yang begitu menyintaimu,tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan walaupun hatinya meronta ingin mengetahui.Dia tidak mahu kamu terbebani oleh karenahnya.

~Saat kamu pinta dia pergi,dia akan pergi tanpa menyalahkan kamu kerana dia benar-benar tahu erti cinta yang sebenarnya.

Perbezaan Lelaki & Wanita




sumber gambar dari google








1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi penyebabnya.
 



 

2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. 
 

3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak.
Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

 

4. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah ‘gatal-gatal’ sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan ‘tempoh bertenang’ sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

 

5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

 

7. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

 

8. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

 

9. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

 

10. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

 

11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

 

12. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

 

13. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki. Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

 

14. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan , lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Mukjizat disebalik "BISMILLAH"


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha> Penyayang.'









 KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail..


2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)


3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.


4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.


5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.


6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan
dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '


7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '


8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampun dosa..


Rahsia diri melalui bantal

Tahukah anda bahawa manusia mempunyai posisi tidur yang berbeza? Mari kita lihat perwatakan melalui bantal tidur anda.



gambar pinjam~sorry bos~



MEMELUK BANTAL
-Mereka yang memeluk bantal adalah berjiwa seni.Penghargaan yang sangat tinggi lukisan, muzik, sastera.Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yang boleh baca peristiwa yang akan berlaku dalam mimpi.Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.



MENGGUNAKAN BANYAK BANTAL
-Mereka biasanya kurang keyakinan.Dalam kehidupan seharian mereka, perlukan banyak pendamping.Mereka jarang buat keputusan sendiri,sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.



TIDUR DENGAN SATU BANTAL
-Mereka bukan jenis yang mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.Mereka juga membuat keputusan melalui fikiran dan bukan sekadar mengikut nafsu semata-mata.



MELETAKKAN BANTAL DIBAWAH KAKI
-Mereka mempunyai sifat yang kurang baik.Mereka jarang bergaul dengan orang ramai malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita.Mereka tidak suka berusaha.



TIDUR TANPA BANTAL
-Mereka memiliki sifat percaya diri sangat tinggi.Kadangkala sifat percaya diri ini akan membawa kepada sifat ego.




Kenali BARONGAN





Mungkin tidak ramai yang tahu apa itu BARONGAN.. Barongan adalah alat permainan berasaskan kuda kepang mengikuti pelbagai jenis bentuk.sumber didapati daripada kawan saya yang aktif dalam acara kuda kepang. jum lihat proses menyediakan barongan yang sangat unik ini.





1



2


proses mengecat


anda rasa diperbuat daripada apa? plastik ? huhu .. actually daripada kayu.. tak kisah la kayu apa, yang penting kayu itu lebih besar.senang cakap balak la.. alat lain digunakan adalah cat,pengukir, dan sebagainya. lihat pada gambar diatas.


proses terakhir 


Barongan ni berasal dari Jawa Indonesia. Barongan bawa turun ke Malaysia dan tapak pertama ditempatkan adalah negeri Johor.Menurut sumber lagi,barongan dengan erti lain adalah bermaksud, harimau, burung helang garuda dan ular naga. Secara langsungnya, barongan adalah berkaitan dengan kuda kepang dan alam ghaib.Ini adalah lambang dan tradisi orang jawa meraihkan hari hari tertentu mereka. Jika ada berminat untuk menyaksikan real persembahan kuda kepang, sila komen... mungkin anda boleh datang sini untuk menyaksikannya dengan secara live.. ~


tadaa ~!! siap sepenuhnya..



Mengatasi Lelaki MERAJUK ?

Lelaki juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan . Diakui mereka jarang merajuk dan sentiasa menerima kerenah anda seadanya . Kan ? Tetapi bila kerenah anda melampaui batas , mereka mula berjauh hati . Jangan abaikan perasaan mereka . Ambil tahu apa yang anda perlu lakukan untuk memujuk hati si dia yang sedang rajuk.






Beri masa bersendirian
Apabila lelaki kesayangan anda merajuk , mereka memerlukan masa untuk menenangkan fikiran. Jangan sangka perselisihan faham antara kalian hanya memberi kesan kepada anda sahaja. Kebiasaannya, mereka lebih banyak mendiamkan diri. Jangan diganggu dan beri mereka peluang untuk berehat daripada bebelan anda.


Sentiasa beri sokongan
Bila lelaki melayan rajuk, mereka tidak mengendahkan anda sebagai tanda protes. Jika dia sedang menonton rancangan televisyen kegemarannya, duduk dan temannya tanpa berbicara sepatah pun. Walau tiada komunikasi antara anda, dia tahu anda tetap kekal di sisi walau apa juga berlaku.


Jangan tanya perasaannya
Elak bertanya apa yang dia rasa kerana anda tahu dia sedang marah dan merajuk. Jangan buat si dia rasa jengkel dengan sikap sambil lewa anda.


Buang ego wanitamu
Bukan lelaki sahaja mempunyai ego, wanita juga punya rasa angkuh yang sama. Namun, tidak salah sekali sekala anda buang rasa itu demi si dia tersayang. Jika terlalu lama rajuknya, ucapkan maaf dan kucup mesra tangannya. (bagi yang berumahtangga) . Bertolak ansur itu kunci kejayaan sesebuah hubungan.


Buat kejutan sempurna
Jika wanita merajuk, lelaki sering menghadiahkan jambangan bunga bagi merawat hati nan lara. Apa kata anda lakukan perkara yang sama. Hadiahkannya coklat atau undang makan malam romantis dengan hidangan yang dimasak khas untuk si dia.


Tahu masa yang tepat
Sebaik sahaja berjaya mendapatkan senyumannya kembali, duduk berbincang dalam keadaan yang tenang mengenai perselisihan faham tersebut. Jangan biarkan persoalan dibiarkan tergantung begitu sahaja. Berbincang dengan baik dan cuba selesaikan masalah bersama-sama.